Bella Astillah Akhirnya Jujur Mengenai Syed Saddiq | Oh! Artis – Oh! Media

Bella Astillah Akhirnya Jujur Mengenai Syed Saddiq | Oh! Artis – Oh! Media

Oh! Artis

Respon jujur Bella Astillah ketika ditanya mengenai perasaannya mengenali Syed Saddiq.


Hubungan rapat penyanyi, Bella Astillah dan ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq bukanlah satu rahsia lagi.

Mereka kerap berkolaborasi menjadi jurucakap dan duta untuk jenama-jenama tempatan. Keserasian yang dimiliki membuatkan ramai yang mahu pasangan ini berkahwin.

BACA: Syed Saddiq Dan Bella Astillah Masih Mesra, Rakan Dedah Perbualan Mereka

Namun, pasangan ini mahu menjadikan hal peribadi sebagai privasi dan meminta orang ramai mendoakan yang baik-baik.

“Saya gembira, dia lelaki green flag”

Terbaru, Bella mengakui gembira mengenali lelaki sebaik Syed Saddiq. Jawapan jujur itu diberikan Bella ketika disoal mengenai perasaannya oleh abang Syed Saddiq sendiri iaitu Syed Abdullah.

Saya gembira. Dia sangat baik, dia lelaki ‘green flag’. Bella rasa bila jumpa YB Syed Saddiq ni, Bella tengok dia macam lelaki versi Bella Astillah.

Respon Bella membuatkan Syed Saddiq termasuk Syed Abdullah tersenyum. Rasanya netizen pun tersenyum sekarang ni kan?

Dalam hantaran lain yang dimuat naik TikTok jenama terkenal, Kitsui, adik Bella iaitu Didie tak dapat menahan sebak menggambarkan kehadiran Syed Saddiq adalah perancangan terbaik Allah SWT.

Didie sangat berterima kasih kepada figura yang dipanggil ‘abang’ itu. Bila Didie dah sedih, Bella pun ikut sama bergenang air mata.

Di ruangan komen, netizen mendoakan semoga hubungan Bella dan Syed Saddiq berpanjangan bukan setakat kolaborasi produk semata-mata. Amin!

Pssttt! Semoga Bella berjumpa dengan sinar pelanginya tak lama lagi. Bella berhak untuk bahagia selepas apa yang dilaluinya kan. Kita doa yang baik-baik jer.

Kredit: TikTok Kitsui
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top