Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah mengakui bahagia setelah menjalinkan bubungan persahabatan dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.
Menerusi sesi podcast bersama Kitsui, abang Saddiq yang dikenali sebagai Space Dollah bertanya apakah perasaannya berkawan dengan jejaka itu.
Dengan ringkas, ibu anak dua ini menyifatkan Saddiq seorang lelaki yang sangat baik hati.
“Saya bahagia. Dia seorang yang sangat baik dan lelaki ‘green flag’. Bila saya kenal dengan Saddiq, saya rasa seperti berjumpa dengan diri saya sendiri, Bella Astillah versi lelaki,” katanya.
@kitsuimalaysia Dia lelaki versi Bella Astillah….🥺🥹❤️🩹💐 #kitsuibass #bass #kitsui #bellaastillah #syed
Setakat ini, Bella dan Saddiq masih belum memberi pengesahan sama ada mereka benar-benar menyulam cinta atau tidak, bagaimanapun kemesraan yang dipaparkan seperti mereka benar pasangan kekasih.
Terdahulu, Bella menepis dakwaan mengatakan dia dan Saddiq sudah bertunang, sebaliknya menjelaskan fokus utamanya adalah untuk mencari rezeki buat anak-anaknya.
Artikel Berkaitan: Hubungan Masih Baik, Bella Astillah Kongsi Foto ‘Selfie’ Dengan Syed Saddiq