Bella Astillah dedah Aliff Aziz tak hubungi atau tanya hal anak sejak bercerai

Bella Astillah dedah Aliff Aziz tak hubungi atau tanya hal anak sejak bercerai

Penyanyi dan pelakon Bella Astillah mendedahkan sejak perceraiannya, bekas suami Aliff Aziz tak hubungi dirinya untuk bertanyakan soal anak-anak mereka.

Memetik laporan Kosmo!, pelakon berusia 30 tahun itu berkata kali terakhir Aliff bertemu dengan kedua-dua anak mereka adalah sebelum perbicaraan perceraian dengannya di mahkamah.

Aliff Aziz tak hubungi Bella untuk tanya soal anak

Aliff Aziz tak hubungi

Dalam pada itu, Bella juga menyatakan selepas ini dia memilih untuk tidak bercakap tentang masalah rumah tangga dalam media sosial lagi namun bakal memfokuskan kepada perkongsian kerjaya dan perkembangan anak-anaknya.

Kata Bella, dia faham akan perasaan orang ramai yang pastinya sudah jemu dengan kisah masalah rumah tangga antara dirinya dan bekas suaminya.

“Saya percaya orang sudah muak dengan kisah peribadi, jadi saya perlu letakkan noktah. Selepas ini saya akan lebih fokus kepada perkongsian positif iaitu tentang kerjaya dan anak-anak. Mohon maaf jika ada kekurangan dalam diri dan saya berusaha untuk menjadi lebih baik,” katanya.

Artikel lain: Bella Astillah minta ibu mentua berhenti perli, tak pernah tawar diri jaga 2 orang cucu

Bella berkata demikian ketika ditemui pada Anugerah TikTok 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Kuala Lumpur pada malam Ahad.

Lama tak contact, Aliff Aziz tak hubungi Bella selepas bercerai

Dalam pada itu, Bella juga meluahkan rasa lega kerana mengikut nasihat daripada keluarganya untuk membuat penjelasan tentang dakwaan yang dilemparkan pihak bekas suaminya.

“Saya tidak tahu sama ada pihak sana (Aliff dan keluarga) ingin membuat kenyataan balas, tetapi saya rasa lega kerana sudah menjelaskan semua.
“Sejujurnya bukan mudah untuk mengatakan tentang perkara itu kerana saya sendiri pun meminta pandangan keluarga terutama orang tua.
“Mereka faham dan mengatakan kalau saya simpan lama-lama (pendam perasaan), perkara itu akan menjadi stres, jadi sebab itu saya kongsikan,” luahnya.

Aliff Aziz tak hubungi Bella, kali terakhir jumpa anak sebelum cerai

Sementara itu, pelakon drama Aku Tanpa Cintamu itu juga memohon maaf atas penampilannya yang dikatakan seksi ketika menghabiskan masa bercuti dengan keluarga yang tular pada bulan lalu.

Menurut Bella, insiden tersebut berlaku secara tidak sengaja selepas salah seorang ahli keluarganya merakam dan memuat naik video tersebut di dalam media sosial.

“Manusia membuat kesilapan dan kejadian itu berlaku di sebuah pulau persendirian di Sabah dan hanya disertai oleh ahli keluarga sahaja.
“Mungkin kerana mak cik Bella teruja jumpa Bella selepas dua tahun tidak berjumpa, jadi dia mungkin terlepas pandang mengenai itu. Dia juga sudah memohon maaf.
“Sebenarnya kami sudah berbincang bahawa tiada gambar yang dikongsikan, tetapi tersilap. Saya juga memohon maaf mengenai itu dan selepas ini akan lebih berhati-hati kerana anak-anak juga semakin membesar dan mereka boleh melihat macam-macam di media sosial,” ujarnya.

Mahu henti kongsi masalah rumah tangga, Aliff Aziz tak hubungi Bella

Terdahulu, tular video memaparkan Bella yang memakai gaun berwarna putih dan biru yang mendedahkan bahagian belakang badannya.

Sekadar info, Bella dan Aliff bercerai talak satu pada 13 Jun lalu selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga dan dikurniakan dua cahaya mata.

Selepas bercerai, Aliff bersetuju memberikan hak penjagaan penuh kedua-dua anak mereka, Ayden Adrean,7, dan Ara Adreanna, 4, kepada Bella.

Sumber: Kosmo! (Fadila Awaludin)

Scroll to Top