Bella Astillah Menangis Anak Pertama Kali Minta Hantar Ke Sekolah

Bella Astillah Menangis Anak Pertama Kali Minta Hantar Ke Sekolah

Pelakon Bella Astillah berkata dia tersentuh apabila anak sulungnya, Ayden Adrean memintanya untuk menghantar ke sekolah.

Memetik Utusan, Bella berkata itu kali pertama Ayden membuat permintaan berkenaan dan tidak mudah untuk menolak apabila anaknya sendiri yang meminta.

BACA: Pendaki AS Kagum Ayden Panjat Gunung Kinabalu, Netizen Puji Tak Lupa Asal Usul Singapura

“Ayden buat panggilan video dan tanya, ‘Mummy, esok buat apa?’. Bila saya beritahu yang saya ada penggambaran, dia terus merayu. Katanya, ‘Alah, saya nak mummy hantar saya ke sekolah. Dah lama mami tak hantar,” katanya.

Sementara itu, Bella berkata mendengar permintaan anaknya itu sekaligus menyedarkannya yang sibuk dengan kerja sehingga jarang meluangkan masa bersama anak.

Tambah Bella, dia meluahkan rasa syukur pihak produksi memahami kerana dia terpaksa lewat tiba ke lokasi penggambaran serta bersyukur dapat menghantar anaknya.

“Masa itu Bella terus menangis. Bella terus hubungi pengurus, Nisa, dan tanya kalau ada kemungkinan untuk datang lewat sedikit ke lokasi. Bella jelaskan yang Ayden sangat berharap saya dapat hantar ke sekolah.

“Alhamdulillah, pihak produksi Fipper sangat memahami. Walaupun mereka terpaksa menunggu Bella selama dua jam, Bella sangat bersyukur kerana dapat hantar Ayden sampai ke dalam kelas,” katanya.


Scroll to Top