Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah, sekali lagi mengalirkan air mata di depan Kaabah, tetapi kali ini bukan kerana kesedihan.
Bella yang sudahpun selesai menunaikan umrah, dia berkongsi rasa syukur atas segala rezeki yang dikurniakan kepadanya.
Dulu menangis sebab kecewa, sekarang sebab bersyukur…

Bella, atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, mendedahkan pengalaman emosinya ketika berada di Tanah Suci.
Tahun lepas saya datang dengan tangisan kesedihan sehingga sakit dada ketika mengadu pada-Nya.
Kali ini juga menangis di depan Kaabah tapi kerana rasa syukur dan ingin berterima kasih kepada Allah kerana telah memberikan apa yang saya doa waktu kali terakhir saya datang.- Katanya.
Pelakon berusia 30 tahun itu menulis luahan hatinya di Instagram pada Selasa selepas berangkat ke Makkah bersama adiknya, Didi Astillah.
Bella Astillah nasihat untuk reda dengan takdir Allah…
Dalam perkongsian sama, Bella sempat memberi kata-kata semangat kepada mereka yang sedang berdepan dugaan hidup.
Kepada yang sedang bersedih, mula untuk belajar menerima apa jua keadaan dengan hati yang lapang. Kerana ini yang kita panggil berdamai dengan takdir.
Takdir tidak pernah bertanya tentang bagaimana penerimaan, perasaan, sama ada kita suka, tak suka atau bahagia. Takdir juga tidak ambil tahu tentang proses healing, tapi di situlah letaknya kekuatan.
Bella juga berterima kasih kepada semua yang sentiasa menyokongnya dalam pelbagai ujian dan berharap doa-doanya kali ini turut dimakbulkan Allah.
#ApaKataOhmedia
Setiap orang ada ujian hidup masing-masing, tapi cara kita menghadapinya yang menentukan segalanya. Bella sendiri pernah berdepan pelbagai cabaran, tapi kini dia kembali dengan hati yang lebih tenang dan bersyukur. #HidupBASS





