Bella Astillah Rasmi Jadi Penyampai Radio ERA FM | Trending – Oh! Media

Bella Astillah Rasmi Jadi Penyampai Radio ERA FM | Trending – Oh! Media

Penyanyi, Bella Astillah kini melebarkan sayap dalam dunia seni apabila secara rasmi dilantik sebagai penyampai radio Era FM bermula 22 September 2025.

Menurut laporan Kosmo, perkara itu diumumkan sendiri oleh pihak Era menerusi hantaran di Instagram.

Dengan sukacitanya, pihak ERA menawarkan jawatan kepada Bella Astillah sebagai penyampai radio Era berkuat kuasa mulai 22 September 2025.

Kami yakin bakat dan keperibadian Bella akan memberi nilai tambah kepada Era dalam terus menghiburkan pendengar di seluruh negara.

Mula tugas awal pagi!

Menepati janji, penyanyi lagu Lebih Indah Berpisah itu hadir di Studio Era pada awal pagi tadi untuk memulakan tugas sulungnya bersama geng 3 Pagi Era iaitu Nabil, Azad dan Radin.

Syed Saddiq titip pesanan buat Bella Astillah

Bella Astillah Syed Saddiq

Turut mencuri perhatian, Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sempat menghubungi Era secara langsung untuk menitipkan pesanan istimewa buat Bella.

Kepada Nabil, Azad dan Radin tolong jagakan Bella.

Teruskan usaha yang baik. Pendengar setia Era selepas ini kena terus lagi setia.

Untuk rekod, Syed Saddiq sebelum ini pernah dijadualkan menyertai Era sebagai penyampai namun tidak dapat diteruskan kerana masalah yang tidak dapat dielakkan.

Pssttt! Rezeki itu datang dalam pelbagai bentuk. Kadang-kadang, pintu baru terbuka bila kita berani mencuba sesuatu yang lain. Teruskan melangkah ke depan!

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top