Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah mencuri perhatian selepas video mempamerkan dirinya tular di TikTok.
Menerusi perkongsian video bersama sebuah stesen radio, Bella kelihatan menerima kejutan daripada seorang peminat yang juga merupakan seorang guru.
Kata individu berkenaan, dia sangat meminati lagu terbaharu Bella duet bersama Ade Govinda berjudul, Lebih Indah Berpisah.
“Saya seorang cikgu daripada Negeri Sembilan. Ya Allah, naik bulu roma cikgu kalau dengar lagu baru Bella.
“Saya minat sangat dengan lagu kamu. Naik bulu roma kalau dengar.
“Muzik video pun memang best sangat. Lagu ni bukan sahaja untuk anak-anak muda tapi untuk semua peringkat umur. Cikgu puji Bella,” katanya.
Bagaimanapun, seakan tidak dapat meneka, Bella kemudian bertanyakan soalan sama ada guru terbabit masih mengajar atau sebaliknya.
“Saya baru sahaja bersara. Tapi lagu Bella ni kan semua anak-anak suka,” balasnya.
Namun, dipenghujung panggilan, Bella kelihatan terkejut apabila penyampai radio bertugas bertanyakan nama penuh guru berkenaan yang juga merupakan ibu tercinta kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq iaitu, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz.
“Ibu syed saddiq buat berlakon buat panggilan jadi peminat Bella Astillah,” tulis pada video berkenaan.
Embed Video
Mak YB pun pandai ‘prank’
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat teruja melihat gelagat Bella sebaik sahaja menerima kejutan daripada ibu Syed Saddiq.