Kemesraan hubungan ‘cinta’ yang dipaparkan oleh pelakon dan penyanyi, Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq semakin mencuri tumpuan ramai.
Sebuah video tular di platform TikTok memaparkan Bella seolah-olah tersipu malu apabila ‘ditangkap’ membuat panggilan video bersama Saddiq.
Video tersebut menunjukkan pelantun lagu Tapi Bukan Denganmu ini seakan ‘angau’ dilamun cinta apabila kelihatan seronok berkongsi cerita bersama Saddiq sambil tersenyum manis.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen mengusik Bella yang semakin terbuka berkongsi keindahan hubungan mereka yang dipercayai sedang menyulam cinta.
Ramai dalam kalangan netizen juga meluahkan rasa bahagia melihat Bella semakin ceria selepas mengalami kegagalan rumah tangga bersama aktor sensasi, Aliff Aziz.
Malah, netizen turut berharap agar kebahagiaan yang dimiliki oleh ibu anak dua ini akan berbekalan untuk selamanya.
@bellaastillahsyedsaddiq7 #bellaastillah #syedsaddiq #teambass #trending #respost #syedsaddiqbellaastillah #tiktokviral #reposted #newpost




