“Bella Is Part Of The Family Already” – Spacedollah Mohon Peminat Beri Masa

“Bella Is Part Of The Family Already” – Spacedollah Mohon Peminat Beri Masa

Abang kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq iaitu Syed Abdullah Syed Abdul Rahman atau lebih mesra dengan panggilan Spacedollah meminta agar peminat dan orang ramai di luar sana memberikan masa dan ruang untuk pasangan itu menghabiskan masa bersama keluarga dan fokus kepada karier masing-masing.

Ketika diminta mengulas mengenai kenyataan pembantu peribadi Saddiq, Amir Fikri atau lebih dikenali sebagai Jack mengenai kenyataannya sebelum ini bahawa akan ada berita sangat gembira yang akan diumumkan, Spacedollah bagaimanapun berharap peminat dapat bersabar dan memberi ruang kepada Saddiq mahupun Bella.

“Lepasni ada ke berita gembira atau mungkin ada hint ke?

“Saya rasa buat sementara waktu ini, biarkan mereka fokus kepada enjoying themselves between each other dan family.

“Dan, saya rasa at the current stage mereka happy tetapi sekarang ini adalah masa untuk bersama keluarga.

“Tapi memang Bella sekarang ni adalah sebahagian daripada kelaurga tetapi, family time is a family time. Jadi, biar mereka chill dulu. Saddiq fokus kepada  karier dia dan Bella fokus kepada karier masing-masing,” katanya.

Dalam pada itu, Sapcedollah juga menjelaskan, sebagai abang dia gembira melihat Saddiq berada di fasa ini.

Namun, adiknya itu mempunyai misi yang sangat besar untuk dijalankan dan dia perlu bekerja keras.

Dan, bila waktu yang sesuai untuk mengumumkan perkara ini, Saddiq dan Bella akan memaklumkan sendiri kepada khalayak.

“Saya pasti bila sudah sampai masanya, mereka akan bagitahu kepada semua orang mengenai hal ini.

“Tetapi, saya sebagai abang, saya sayangkan mereka, dan mahu mereka gembira. Cuma apa yang saya tahu Saddiq ada misi yang sangat besar dan dia perlu bekerja keras untuk itu meskipun sekarang ini dia sedang berusaha dengan keras,” jelasnya.

Scroll to Top