Ibu kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq iaitu Sharifah Mahani meluahkan rasa syukur dan gembira anaknya kini bertemu pasangan hidup, Bella Astillah.
Memetik Astro Gempak, Mahani berkata sebagai ibu sudah pasti dia gembira apabila melihat anaknya gembira serta mendoakan agar dipermudahkan urusan mereka untuk melangsungkan pernikahan.
BACA: Rakan Dedah Hantaran 100% Idea Syed Saddiq, Tak Mahu Yang Simple
“Alhamdulillah, amat mengembirakan sebagai seorang ibu, dia sudah menemui pasangannya. Mudah-mudahan kita doa sama-sama semoga cita-cita mereka tercapai untuk melangsungkan perkahwinan mereka. Sebagai ibu perasaan ini gembira bila anak gembira,” katanya.
Sementara itu, Sharifah Mahani berkata pada awalnya timbul rasa bimbang tiada persefahaman memandangkan perbezaan latar belakang anaknya dengan Bella Astillah yang merupakan seorang pelakon dan penyanyi.
“Sebenarnya saya rasa gundah, risau kerana Bella seorang artis dan Saddiq seorang ahli politik takut tiada persefahaman.
“Tapi alhamdulillah selepas setahun perkenalan mereka, mereka dapat kenal antara satu sama lain dan menyesuaikan diri, itu adalah satu amat bermakna. Sebab tu kata setiap perkenalan itu membawa kepada kebahagiaan,” katanya.
Dalam pada itu, Sharifah Mahani turut memuji sikap Bella seorang yang bersederahana serta menerima Saddiq.
“Pada saya dia (Bella) seorang yang sederhana, dia tak pernah mengharap satu perkara yang hebat daripada Saddiq.
“Kerana Saddiq bukan yang boleh berikan satu kekayaan kepada dia, Saddiq seorang yang sederhana tapi bila Bella boleh menerima itu adalah satu perkara yang amat mengembirakan,” katanya.
Sumber: Astro Gempak




