Pelakon dan pengacara popular, Janna Nick menjelaskan wajahnya yang kelihatan sembab kebelakangan ini bukan disebabkan kehamilan, sebaliknya berpunca daripada proses rawatan kesuburan yang sedang dijalaninya.
Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 30, berkata demikian menerusi sebuah video di TikTok miliknya memaparkan dirinya menikmati pencuci mulut dalam sesi ‘mukbang’.
“Saya tak mengandung, belum lagi. Doakan saya.
“Muka saya sembab dan badan saya naik sebab saya dah jalani dua kali proses mendapatkan zuriat dalam tempoh tiga bulan sebelum datang ke London,” katanya.
Janna turut menjelaskan, proses tersebut melibatkan penggunaan suntikan hormon yang memberi kesan kepada tubuhnya.
“Bayangkan berapa banyak jarum dan injection hormon yang ada dalam badan saya,” ujarnya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar usaha Janna serta suaminya, pelakon Dini Schatzmann, untuk memperoleh zuriat dipermudahkan.
@jannanickofficial
Terdahulu, penampilan Janna yang kelihatan sedikit berisi ketika bercuti di London, United Kingdom, menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen yang menyangka dia sedang berbadan dua.




