Trending
Farah Lee nekad mahu sertai misi kemanusiaan lagi walau baru ditahan rejim Israel. Semangat juang dan keberanian ini buat ramai kagum!
Walaupun ditahan dan dilayan dengan kejam oleh pihak berkuasa Israel, semangat para sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) langsung tidak goyah.
Ada yang masih mampu mengukir senyuman meskipun cedera dan keletihan, malah ada yang sudah berniat untuk menyertai misi kemanusiaan seterusnya!
Antara yang mencuri perhatian ialah pempengaruh terkenal, Farah Lee, yang tetap bersemangat untuk kembali membantu rakyat Palestin walaupun baru sahaja melalui pengalaman pahit di tangan rejim Zionis.
Suami kongsi tangkap layar perbualan

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh suami Farah, Fuad Hashim, menerusi Instagram Story miliknya.
Lepas ni nak pergi lagi hehe.
Fuad turut menulis kapsyen ringkas yang cukup menyentuh hati.
Tak sampai lagi Malaysia. Dah minta izin nak pergi lagi.
Ungkapan itu membuktikan betapa kuatnya semangat dan keberanian Farah Lee, walaupun pernah berdepan layanan kejam ketika misi kemanusiaan tersebut.
Warganet kagum dengan keberanian Farah Lee

Ramai warganet memuji keikhlasan dan ketabahan Farah, yang dilihat tidak gentar dengan ancaman rejim Israel.
Mereka menyifatkan Farah sebagai ‘wanita berhati singa’ yang menjadi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk terus menyokong perjuangan kemanusiaan Palestin.
Pssttt! Keberanian bukan bermakna tiada rasa takut, tapi tetap melangkah walau dihimpit ketakutan. Semoga semangat Farah Lee jadi inspirasi untuk kita terus berbuat baik tanpa henti.
Kredit: Instagram Story
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.




