Bengang barisan kena potong, pakcik ‘naik angin’ tak dapat beli Nasi Arab Chef Ammar

Bengang barisan kena potong, pakcik ‘naik angin’ tak dapat beli Nasi Arab Chef Ammar

Sejak kebelakangan ini, kedai Nasi Arab Chef Ammar yang dibuka di Bazar Ramadan Shah Alam kerap menjadi topik utama di media sosial.

Bermula dengan rungutan pembeli berkenaan harga ‘cekik darah’, sehinggakan keluhan pembeli kerana beratur lama namun tidak mendapatkan juadah telah ditularkan oleh netizen ke media sosial.

Sekali lagi, kedai Nasi Arab Chef Ammar viral setelah seorang pengunjung Bazar Ramadan memuat naik video seorang pakcik mengamuk kerana ada pembeli lain yang memotong barisan sehingga dia tidak berjaya mendapatkan juadah istimewa itu.

@hang_jamal

Saya beratur dari pukul 3.40 sampai ke hampir pukul 6 tapi tapi takde rezki nak bawa balik tok family..#rasanakmarahtapikenasabar🤣🤣🤣 ..#nasi arab chef ammar

♬ bunyi asal – Hang_Jamal – Hang_Jamal

Dapat didengar dengan jelas rungutan pakcik tersebut yang melihat barisan disebelahnya laju saja bergerak namun tempat dia beratur masih statik sahaja.

Dia juga memaklumkan sudah beratur selama beberapa jam tetapi tetap juga tidak dapat membawa pulang Nasi Arab untuk juadah berbuka puasa.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan meminta pakcik berkenaan lebih sabar memandangkan kita berada dalam bulan Ramadan.

Mereka juga memberikan cadangan kepada pihak peniaga supaya membuat sistem kupon atau nombor untuk membolehkan orang ramai mendapatkan Nasi Arab tanpa perlu berasak dan menunggu terlalu lama.

Terdahulu, terdapat satu video tular seorang lelaki yang ‘meroyan’ kerana beratur dalam tempoh yang lama namun apabila tiba gilirannya, Nasi Arab masakan Chef Ammar telah habis dijual.

Hal ini membuatkannya naik angin dan mula mempersoalkan perkara terbabit kepada tukang masak tersebut yang kelihatan letih sambil mengelap dahinya beberapa kali.

Sumber: TikTok @hang_jamal