Seorang wanita mendakwa menjadi mangsa keganasan selepas ditumbuk dan dipaksa melakukan hubungan seks luar tabii oleh rakan lelakinya dalam dua kejadian berasingan di sebuah kondominium berhampiran Kampung Batu Muda, Kuala Lumpur.
Memetik laporan Buletin TV3, insiden pertama dikatakan berlaku ketika mangsa berada di dalam bilik sewa bersama bayinya yang berusia 10 bulan.
Bayi menangis buat suspek hilang sabar

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Basri Sagoni, pihak polis menerima laporan daripada mangsa kira-kira jam 2.33 petang pada Jumaat lalu.
Siasatan awal mendapati kejadian pertama dipercayai berlaku sekitar jam 11 malam pada Rabu apabila bayi mangsa menangis sehingga mencetuskan kemarahan suspek.
Anak mangsa berumur 10 bulan menangis sehingga menyebabkan suspek berang dan menumbuk muka mangsa sehingga bengkak dan lebam. Kira-kira jam 11 pagi keesokannya, suspek didakwa memaksa mangsa melakukan hubungan seks luar tabii.
Mangsa berkata, akibat kejadian itu dia mengalami sakit di bahagian muka sebelah kiri, belakang leher dan bahagian dubur.
Mangsa juga dikatakan menerima ugutan daripada suspek sehingga membuatkan dirinya berasa takut dan terancam.
Suspek pernah menumpang di bilik sewa mangsa

Polis turut memaklumkan bahawa mangsa mengenali suspek sejak Januari lalu melalui seorang kenalan dan hubungan mereka hanyalah sekadar berkenalan tanpa ikatan perkahwinan.
Suspek juga dikatakan beberapa kali menumpang di bilik sewa mangsa sebelum kejadian berlaku.
Selepas dua kejadian itu berlaku, mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur sebelum membuat laporan polis.
Bagaimanapun, laporan perubatan mendapati tiada kesan kecederaan seperti yang didakwa mangsa dan siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengesan suspek.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan serta ugutan jenayah.
Pssttt! Isu keganasan terhadap wanita bukan perkara yang boleh dipandang ringan, lebih-lebih lagi apabila ia berlaku di hadapan anak kecil. Jika benar dakwaan ini berlaku, tindakan tegas perlu diambil agar mangsa mendapat keadilan dan kejadian seperti ini tidak berulang.
Kredit: Buletin TV3
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




