Berang Isteri Muat Naik Status Di Media Sosial, Suami Didakwa Pukul Isteri Hamil | Oh! Media

Berang Isteri Muat Naik Status Di Media Sosial, Suami Didakwa Pukul Isteri Hamil | Oh! Media

Baru-baru ini seorang juruteknik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan memukul isterinya yang sedang hamil.

Difahamkan, tertuduh Mohd Hasri Turaman, telah membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di Mahkamah Majistret, hari ini.

Menerusi laporan Malaysia Gazette, tertuduh pernah menerima rawatan psikiatri pada tujuh tahun lalu. Dia didakwa dengan sengaja telah memukul isterinya yang sedang hamil tiga minggu pada 29 September lalu.

Tertuduh telah dibenarkan diikat jamin RM3,000 oleh mahkamah dan mempunyai syarat tambahan iaitu tidak boleh menganggu mangsa dan saksi pendakwaan sehingga kes selesai.

Mengikut laporan, sebelum terjadinya perkara itu mangsa telah meminta wang sebanyak RM20 daripada tertuduh, namun permintaannya ditolak.

Disebabkan itu, mangsa didakwa telah memuat naik status di media sosial dan telah dibaca oleh tertuduh. Kemudian tertuduh didakwa memukul mangsa apabila tiba di rumah.


Scroll to Top