Berat Badan Akhyar Rashid Naik 5 Kg Lepas Kahwin

Berat Badan Akhyar Rashid Naik 5 Kg Lepas Kahwin

Gara-gara tidak menjalani latihan hampir dua bulan, pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid mengakui berat badannya naik mendadak selepas berkahwin bersama aktres, Eyka Farhana.

Menerusi temu bual bersama pelakon, Aidil Aziz di Instagram (IG), Akhyar berkata berat badannya naik kira-kira sebanyak lima kilogram (kg).

“Berat naik 5 kg, sebab dua bulan tak training. Tapi sekarang dah turun 7 kg lepas mula latihan semula,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, isterinya, Eyka dilihat terhibur dengan pengakuan suami tercintanya it, yang juga permain bola sepak kebangsaan.

Sebelum ini, Eyka atau nama lengkapnya, Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 30, mengakui dia akan berkahwin lebih awal sekirnya dia mengetahui nikmat mempunyai sosok suami disampingnya.

Untuk info, Eyka dan Akhyar mengikat janji pada 2 Mei lalu dalam sebuah majlis tertutup selepas lima tahun menyulam cinta.

Pasangan ini terlebih dahulu bertunang pada 4 Ogos tahun lalu sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

Artikel Berkaitan: “Kalau Tahu Manisnya Berkahwin, Dah Lama Saya Kahwin” – Tiga Bulan Jadi Isteri, Eyka Farhana Luah Rasa Syukur

Scroll to Top