Penyanyi dan pelakon Andi Bernadee menafikan dakwaan mengambil bahan terlarang susulan berat badannya turun mendadak.
Memetik Xtra, Andi berkata beratnya hilang 20 kilogram sejak sembilan bulan lalu perubahan dalam rutin harian serta pemakanan yang seimbang.
BACA: “Tambah RM5 Ada Muah Dekat Hujung” – Andi Bernadee Jual Pakej Kejut Sahur RM2
“Bukan sebab dadah, atau amalan mistik… jangan kaitkan dengan benda itu. Masa penggambaran drama Boleh Saya Bantu 2, saya perasan dagu dah berlapis, perut pula makin ke depan. Terus rasa tak selesa dan nekad nak ubah gaya hidup.
“Dulu saya makan enam kali sehari, sekarang hanya dua kali saja dengan kuantiti kecil dalam size hidangan kanak-kanak.
“Berat terkini saya 46 kilogram, itu pun masa saya baru timbang dua minggu lalu selepas kena keracunan makanan sampai cirit-birit,” katanya.
Sementara itu, Andi mengakui ramai yang terkejut melihat badannya yang semakin susut termasuk ahli keluarga yang bimbang jika dia mempunyai masalah kesihatan.
“Pengurus saya, Nasir Deraman orang pertama yang tegur. Lepas tu masa raya, ramai keluarga tanya saya sakit ke sebab nampak kurus sangat. Tapi saya tak kisah, yang penting sekarang saya boleh pakai semula baju-baju lama,” katanya.
Dalam pada itu, Andi berkata dia sedang berusaha untuk menambah berat badan supaya tidak terlalu cengkung.
“Kalau boleh saya nak berat dalam 50 kilogram lebih, janji tak sampai 60. Sekarang saya pun kerap makan lewat malam untuk naikkan berat,” katanya.




