Berbelas tahun bersahabat, gadis pinang BFF untuk abang sendiri

Berbelas tahun bersahabat, gadis pinang BFF untuk abang sendiri

Sahabat atau lebih dikenali sebagai Best Friend Forever (BFF) merupakan insan yang sangat dekat dengan kita selain daripada ahli keluarga.

Namun begitu, hubungan persahabatan ini sering berkesudahan ketika tamat belajar ataupun masing-masing mulai mendirikan rumah tangga.

Walau bagaimanapun, berbeza dengan pengguna akaun TikTok yang dikenali sebagai @airahmaan_ apabila menyunting sendiri sahabatnya untuk menjadi kakak iparnya.

@airahmaan_

Pinang BFF untuk Abang Sendiri πŸ˜‚ First Berinteraksi Sepanjang Beberapa Belas Tahun. Cinta Family ❀️ Harap Kekal hingga Jannah. #fyp #bff @alyaa_osop

♬ Mi favorite song – {60.0K}_____πŸš—πŸ€πŸ₯ΊπŸŒΏ i love u

Menurut gadis tersebut, dia sudah berbelas tahun berteman dengan sahabatnya itu dan mencuba untuk menyatukan abangnya yang masih solo dengan BFF tersayang.

Ternyata hubungan tersebut berjalan dengan baik dan mereka sudahpun bertunang.

Gadis berkenaan bersyukur kerana sahabat baiknya sendiri akan menjadi salah seorang ahli keluarga tidak lama lagi dan sudah tentu hal tersebut sangat menggembirakan.

Dalam video yang lain, dia juga sempat menyertakan momen dimana keluarganya datang ke majlis pertunangan abang dan BBFnya.

@airahmaan_

Love both of you ❀️ Allah gantikan dgn org yg hargai aku. Walaupun, dia bukan lelaki/pengganti tapi dia lebih drpd itu 😒✨ Thank You Allah. #fyp

♬ Sumpah Ku Mencintaimu – Alsa Aqilah

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan memuji keakraban sahabat baik ini sehingga bakal bergelar isteri kepada abang kandung sendiri.

Mereka juga sempat menyatakan bahawa wajah sahabat gadis berkenaan mirip dengan abangnya dan seakan sudah tertulis jodoh mereka berdua.

Sumber: airahmaan_

Β 

Scroll to Top