Bercuti Di Atlantis The Royal, Individu Dedah Siti Nurhaliza Duduk Hotel Mewah – “Bilik Paling Murah Pun RM6,000 Per Night”

Bercuti Di Atlantis The Royal, Individu Dedah Siti Nurhaliza Duduk Hotel Mewah – “Bilik Paling Murah Pun RM6,000 Per Night”

Umum sedia maklum, penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza sedang meluangkan masa bercuti bersama keluarga di The Atlantis Royal, Dubai.

Namun, menerusi perkongsian seorang pengguna media sosial yang dikenali sebagai @JanuarHaikal di platform X, dia mendedahkan bahawa hotel penginapan Siti itu merupakan sebuah hotel mewah di negara tersebut.


Malah, kos penginapan untuk satu malam sahaja mencecah harga RM6,000 manakala villa pula berharga RM30,000.

Dakwa individu itu lagi, hotel tersebut juga pernah mengundang penyanyi popular antarabangsa, Beyonce Knowles untuk membuat persembahan dalam satu acara tertutup dengan bayaran sebanyak 24 juta dollar menjadikannya bayaran tertinggi dalam sejarah yang pernah diberikan untuk sebuah konsert peribadi.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet tidak terkejut dengan kos yang dibelanjakan Siti memandangkan penyanyi itu sudah bertungkus lumus menjayakan konsertnya sepanjang tahun ini.

Scroll to Top