Bercuti di luar negara, isteri Haji Nabil Ahmad tanggal tudung?

Bercuti di luar negara, isteri Haji Nabil Ahmad tanggal tudung?

Hantaran dimuat naik isteri Haji Nabil Ahmad iaitu Zira Ayub di platform Instagram baru-baru ini menarik perhatian warganet.

Menerusi hantaran tersebut, isteri kepada pelawak dan pengacara terkenal yang pada ketika itu sedang menikmati minuman dilihat tidak bertudung dan hanya memakai topi berwarna hitam sahaja.

 Isteri Haji Nabil Ahmad tanggal tudung?

Video tular itu juga memperlihatkan rambut pemilik nama Nazirah Ayub panjang sehingga paras dada berwarna keperangan.

Difahamkan, Zira dan Nabil ketika ini sedang berada di luar negara.

Bagaimanapun, hantaran tersebut telah diturunkan daripada media sosial.

Artikel lain: Rambut perang ikat tinggi, tudung Aprena Manrose dah terbang?

Sebelum ini, Nabil meluahkan rasa syukur apabila anak sulungnya, Naira Mikayla sudah bertudung dengan rela hati tanpa paksaan.

Zira mula memakai tudung sekitar awal 2021 dan penampilannya berhijab mendapat pujian ramai.

Sekadar info, Nabil Ahmad dan Zira Ayub mendirikan rumah tangga pada 2011 dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata perempuan Naira Mikayla, Layla Medyna dan Mishall Imani.

Sumber: Instagram Zira Ayub

Scroll to Top