Pendakwah bebas popular, PU Syed tampil memberikan respons susulan tindakan pengacara sensasi, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA yang tampil berpakaian menyerupai seorang wanita selain berdandgut di pusat hiburan baru-baru ini.
Menerusi hantaran sepotong video pendek di Instagram, PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak berkata, tindakan Diva AA sangat keterlaluan apatah lagi dia merupakan seorang selebriti dan menjadi perhatian ramai pihak.
“Bagaimana seorang influencer ataupun artis yang kita kenal, Diva AA ataupun Azwan Ali ni dia berpakaian sepertimana seorang wanita dan juga menyanyi, berhibur dan ramai orang tengok.
“Saya nak tegur Diva AA, kamu adalah orang yang dikenali oleh seluruh masyarakat di Malaysia sebab kamu seorang artis juga seorang pengacara yang hebat suatu masa dahulu. Tapi Mashaa-Allah Tabarakallah, kenapa sejauh ini perginya? Kenapa berpakaian seperti seorang wanita?,” ulasnya.
Dalam pada itu, PU Syed juga kelihatan sempat berkongsi hadis mengenai larangan Nabi Muhammad SAW terhadap umatnya yang mengenakan pakaian menyerupai jantina lain.
“Bahkan Nabi SAW melarang dan melaknat orang yang berpakaian sebegini. Jadi kenapa perlu buat macam tu?
“Tidak adakah kaedah lain yang patut dibuat untuk kita hidup di atas muka bumi ni. Bukankah ia salah satu perkara yang mencemar agama sendiri?
“Video ini viral dan memalukan kita sebagai umat Islam, kita perlu menentang perbuatan yang menyerupai berlainan jantina. Ia adalah perbuatan yang haram,” katanya.
Mengakui Azwan mempunyai pendidikan yang baik, PU Syed bagaimanapun berharap Diva AA meninggalkan perbutaan tersebut sekaligus menjadi insan yang lebih baik dan mendekatakan diri dengan Allah SWT.
“Walaupun saya pasti Azwan orang yang berilmu dan berpelajaran tinggi tapi kenapa ke arah ini perginya?
“Buatlah perkara lain yang lebih bermanfaat, berubah dan jadi lelaki semula, yang normal serta mempunyai kehidupan yang lebih baik.
“Melawan fitrah sangat memalukan? Terutama pada usia yang sepatutnya mendekatkan diri kepada Allah tetapi kita mendekatkan diri ke arah perkara lain.
“Saya tegur bukan sekadar untuk dia tetapi kepada orang-orang di luar sana yang terikut dengan cara hidup sebegini supaya tidak membuat perkara tersebut,” jelasnya.

Terdahulu, heboh di platform media sosial apabila sepotong video pendek memaparkan gelagat seorang individu yang didakwa iras pengacara lelaki popular tular.
Menerusi video tersebut, individu berkenaan berpenampilan seperti wanita dengan memakai gaun seksi belah tengah berona merah jambu sedang menghiburkan orang ramai di pusat karaoke dan membawakan lagu Perawan Atau Janda.
ARTIKEL BERKAITAN:Diva AA Menari Dangdut Punca Festival Raya Di Kedah Ditutup, Penganjur Mohon Maaf… Maklum Situasi Luar Jangkaan
ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] “This Is Not Funny B*tch” – Bakar Foto, Aliff Syukri Dakwa Diva AA Main Sihir?
ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Isu Tarik Rambut, Imej Diva AA Tercalar! Bakal Saman Aliff Syukri RM100 Juta – “Tiada Maaf Bagimu, See You In Court!



