
Tang Jie (kiri) dan Ee Wei menewaskan pasangan Taiwan dalam saingan pusingan kedua Mastes Jepun pada Rabu. – Foto Agensi
BEREGU campuran negara bakal membuat perhitungan sesama sendiri pada pusingan kedua untuk merebut tiket ke suku akhir Masters Jepun 2023 di Kumamoto pada Khamis.
Pertembungan itu melibatkan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menentang Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai setelah kedua-dua pasangan menundukkan lawan masing-masing pada Rabu.
Tan Jie-Ee Wei mengesahkan kemaraan selepas menang mudah ke atas Wei Chun Wei-Nicole Gonzales Chan dari Taiwan 21-11, 21-10 dalam tempoh masa 25 minit permainan.
Langkah tersebut disusuli Soon Huat-Shevon yang menewaskan pasangan Scotland, Adam Hall-Julie Macpherson secara straight 21-11, 21-11 dalam masa 24 minit perlawanan.