Pempengaruh popular, Ameera Khan tampil memberikan respons susulan tindakannya bergayut di telefon lebih 48 jam tanpa henti.
Menerusi perkongsian sesi siaran langsung di Instagram, Ameera mengaku, dia sama sekali tidak terganggu atau berasa rimas dengan tindakan tersebut memandangkan dia dan kekasihnya, Jefri Nichol lebih senang dengan situasi tersebut.
“Kalau tak call tu serabut sikit. Sebab saya clingy dan dia juga clingy.
“Sometimes, bila dia tengah buat sesuatu saya akan tanya sama ada dia nak call saya semula atau tidak? Dan dia sendiri yang minta untuk saya ‘stay’ dan teman dia.
“Atau kalau saya bekerja di luar (Outstation) dia pula akan tanya saya sama ada nak telefon semula bila semuanya sudah selesai.
“Dan itu semua tidak mengganggu kami berdua,” katanya.
Terdahulu, peminat mula mempertikaikan tindakan pasangan kekasih ini apabila selebriti popular Indonesia itu mendedahkan mereka sering berhubung melalui telefon tanpa henti menerusi temu bual bersama Denny Sumargo.




