Johor Bahru: Selepas beberapa kali disisih dalam kesebelasan utama, penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT), Bergson da Silva bagaikan melepas geram apabila meledak hatrik ketika membantu pasukannya menundukkan Bangkok United 4-0 dalam aksi Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) merebut Piala Shopee, di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, petang semalam.
© New Straits Times Press (M) Bhd



