Bergurau jadi jenazah, penggali kubur tertimbus tanah

Bergurau jadi jenazah, penggali kubur tertimbus tanah
Bergurau jadi jenazah, penggali kubur tertimbus tanah

Seorang penggali kubur berdepan saat mencemaskan apabila tertimbus tanah selepas bergurau dengan berbaring mengiring seperti jenazah,

JAKARTA – Seorang penggali kubur berdepan saat mencemaskan apabila tertimbus tanah selepas bergurau dengan berbaring mengiring seperti jenazah, lapor portal berita Lambe Turah.

Rakaman video kejadian yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @pojoksatu.id memaparkan seorang lelaki sedang menggali kubur di sebuah tanah perkuburan.

Lelaki itu kemudian berbaring secara mengiring sambil meletakkan kedua-dua tangannya di dada serta membuat ekspresi wajah yang ganjil.

Keadaan bertukar cemas apabila sebahagian tanah secara tiba-tiba runtuh lalu menimbus keseluruhan tubuhnya.

Rakaman berkenaan meraih lebih 2.9 juta tontonan dan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial.

“Jangan bergurau,” kata seorang netizen.

“Bergurau boleh, tetapi perlu berpada-pada,” ujar seorang lagi pengguna. – AGENSI

Scroll to Top