Bergurau kasar tarik kerusi di sekolah, anak istimewa patah tulang belakang!

Bergurau kasar tarik kerusi di sekolah, anak istimewa patah tulang belakang!

Seorang pelajar perempuan yang mengidap penyakit saraf cerebral palsy mengalami komplikasi kecederaan patah tulang belakang selepas rakan ‘bergurau’ menarik kerusi di sekolah.

Kawan tarik kerusi, anak istimewa patah tulang belakang

Kejadian itu dikongsikan oleh ibunya menerusi aplikasi TikTok yang memaparkan keadaan anaknya, Putri Nur Atiqah, 11, menangis terlantar di atas katil.

Menurut si ibu dikenali Azera Yazid, 35,  kejadian itu berlaku ketika anaknya duduk berehat selepas latihan nasyid di sekolah, baru-baru ini.

“Masa dia nak duduk tu ada kawan tarik kerusi sebagai gurauan. Anak saya jatuh terduduk. Iqa (anak) menangis sebab mungkin tulangnya terhentak.
“Cikgu kelas pun terus maklumkan pada saya, minta datang segera untuk ambil dia di sekolah,” katanya.
@azera5276

Perkara yang ditakuti , kakak iqa jatuh disebabkan kawan tarik kerusi ketika di sekolah,now kena bedridden selagi tidak sembuh ..Allah …semua pihak perlu diingatkan tentang bahayanya gurauan begituu…sekarang kami yang alami ujian ini…doakan kakak iqa cepat sembuh….AAMIN #fypシ #shahalam #jatuhdisebabkankawantarikkerusi

♬ Sayang Sampai Mati – Repvblik

Artikel lain: Terlantar sakit patah tulang, suami rasa bersalah susahkan isteri sarat hamil

Artikel lain: Dirempuh kereta semasa lintas jalan, budak lelaki patah tulang selangka

Selama ni ajar anak istimewa berdikari..

Tambah Azera, doktor memaklumkan anaknya mengalami komplikasi patah tulang coccygeal yang minimum, lebam pada tulang (bone bruise) dan bonjolan cakera (disc bulge).

Disebabkan kecederaan itu, dia menyatakan anaknya kini sukar untuk berjalan dan duduk seperti dahulu.

“Selama ini saya struggle nak besarkan Iqa yang ada cerebral palsy. Saya ajar dia berdikari macam anak-anak yang lain, tapi kali ini saya terduduk dan kecewa.
“Ini adalah antara perkara yang saya takut tapi sudah terjadi. Sampai sekarang Iqa masih menangis sebab sakit kalau banyak bergerak,” luahnya.
@azera5276

Hari ke 4 kakak iqa warded,InsyaAllah boleh discaj petang ini …kita akan berulang alik pulak ke hospital untuk buat fisio ya kakak…ibuayah akan buat yang terbaik untuk kakak…kakak je anak ppuan ibuayah..skrg kakak makan ubat tahan sakit & fisio #fypシ #jatuhdisebabkankawantarikkerusi

♬ original sound – azera5276 – azera5276

Ujar Azera lagi, anaknya tidak boleh duduk atau berdiri lama dan hanya bertahan selepas makan ubat tahan sakit. Dia juga diberi cuti selama dua minggu bagi mendapatkan rawatan susulan di hospital.

Maklumnya, keluarga si pelaku telah pun berjumpa dengan mereka selepas enam hari kejadian.

@azera5276

Disebabkan jatuh tempoh hari,kakak iqa mengalami patah tulang coccxy ,disc bulge & bone bruise Kakakiqa jatuh disebabkan kawan tarik,kakak iqa setiap hari menangis 😭😭😭 #jatuhdisebabkankawantarikkerusi #fypシ #jatuhkerusi

♬ Jiwa Yang Bersedih – Ghea Indrawari

Dalam pada itu, Azera menitipkan pesanan buat para guru dan ibu bapa di luar sana untuk selalu mengingati anak-anak mengenai gurauan yang dilakukan sebegini adalah satu kesalahan.

Semoga lekas sembuh..

Rata-rata warganet mendoakan kesembuhan adik Putri Nur Atiqah.

anak istimewa anak istimewa

Sumber: TikTok @azera5276, mStar