Pelakon Nabila Huda menjadi perhatian apabila memuat naik video di Instagram menyindir seorang wanita bergelar Datin.
Menerusi video itu, Nabila mendakwa individu tersebut memburukkan nama baik keluarga serta suami serta mendakwa sikap individu itu tidak pernah berubah.
BACA: “Terbaca Pula Isu Hangat Sekarang Ni, I Rasa Macam Nak Ketawa Je”
“Hei betina, aku rasa kau dah boleh berhenti buat benda bodoh ini, kau ingat kau siapa? Berhentilah memalukan keluarga dan memalukan suami tercinta.
“Kau cubalah sedar sikit kau itu pelacur berstatus Datin, kau ingat diri kau besar sangat ke? Aku dah cakap dengan kau satu Malaysia tak suka kau, kau dah boleh keluar dari negara ini.
“Tiada siapa boleh terima kau disebabkan perangai kau yang tak pernah berubah. Kau tak akan pernah berubah,” katanya.
Sementara itu, Nabila turut mengingatkan individu berkenaan supaya ingat akan asal usulnya sebelum orang ramai mula membongkar siapa dirinya yang sebenar serta mengatakan dia tidak menyebut nama mana-mana individu.
“Sekarang tengok apa yang kau sudah buat. Sebab orang lain bagi pendapat tak boleh, semua nak ikut cara hidup kau, pergi mampus. Ingat asal usul siapa,”
“Aku dah banyak kali beri amaran, jangan sampai orang siasat siapa diri kau sebenar dan ‘korek’ dalam-dalam segala benda jahat yang kau buat. Anyway aku tak sebut nama pun, jadi jangan nak terasa,” katanya.
Dalam pada itu, Nabila turut menulis kapsyen memberitahu bhawa dia sedang berlatih secara monolog untuk projek terbaru lakonannya.