Usahawan terkenal, Datin Seri Shahida tidak dapat menahan sebak apabila berkongsi mengenai dugaan yang menimpa dua adik iparnya, Maryam Nur Amani dan Nur Ain Sufiah.
Dalam satu perkongsian video pendek di TikTok, Shahida meluahkan rasa simpati dan keprihatinan terhadap nasib yang menimpa kedua-dua adik iparnya itu yang dianggapnya sudah seperti adik kandung sendiri.
Malah, isteri kepada usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri ini mengaku, usia seperti Amani dan Ain sepatutnya tidak terpalit dengan isu kontroversi keluarganya bersama pelakon, Rebecca Nur Al Islam.
“Kalau nak cakap pasal Amani saya tak tahu nak cakap apa. Aku sedih. So, tak nak cakap pasal dia sebab kesian dekat dia.
“Saya sangat kesian dekat dua orang tu (Amani dan Ain). Dah, tak nak cakap lagi dah, saya sangat sensitif. Bila orang cakap pasal Amani dan Ain saya sedih.
“Tak apa lah awak, kalau saya kaki content satu dunia pun saya tidak menggunakan orang lain untuk content saya.
“Cuma bila kau orang semua cakap pasal Amani, saya rasa kesian dekat dia. Sebab dia terlalu muda untuk menerima kecaman. Jadi kalau boleh jangan lah provoke dia. Dia masih budak, jangan tanya apa-apa dekat dia,” katanya.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata menyifatkan Datin Shahida merupakan kakak ipar yang sangat penyayang selain sentiasa mengambil berat terhadap ahli keluarganya.




Terdahulu, kemelut keluarga usahawan selebriti ini kembali tular selepas anak kepada Rozita, Maryam Nur Amani, mendedahkan bahawa Rebecca menghubungi ibunya mengenai hantaran yang dimuat naik di media sosial sebelum ini.
Namun, Amani tegas dengan pendirian untuk tidak memadam hantaran tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN:“Dia Cakap Saya Sakit Hati, ‘Ugut’ Minta Padam Posting”- Adik Bongsu Aliff Syukri Dedah Pesanan Mesej Rebecca Al Islam
ARTIKEL BERKAITAN:Luah Rasa Berang, Netizen Dakwa Isteri Aliff Syukri Sindir Rebecca Nur Al Islam ‘Mencapap’? – “Tak Habis Kakak Iparku…”
ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] “Saya Dah Terkenal Dari Umur 17 Tahun, Makcik B*doh Ke?” – Didakwa ‘Mencapap’, Rebecca Nur Al Islam Bidas Isteri Aliff Syukri
ARTIKEL BERKAITAN:“Kami Hanya Pendengar, Bukan Penyebar Cerita” – Aliff Syukri Dedah Punca Sebenar Konflik Antara Isteri & Rebecca Nur Al-Islam




