Berhibur dalam kereta, aksi goyang kepala Fuad Rahman & Tom dikecam

Berhibur dalam kereta, aksi goyang kepala Fuad Rahman & Tom dikecam

Selepas mengesahkan sedang bercinta, pasangan penyanyi Fuad Rahman dan Tom terus menjadi perhatian ramai untuk mengetahui kisah perhubungan mereka.

Terbaru, memetik laporan Xtra, tular satu video di aplikasi TikTok memaparkan aksi pasangan yang juga bekas peserta Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) itu sedang berhibur di dalam kereta.

Menerusi rakaman berdurasi 24 tahun saat itu, kedua-duanya dilihat menikmati muzik rancak yang dipasang sambil menari dengan goyangan kepala selain efek lampu ala-ala disko.

“Dah macam dekat kelab, padahal dekat dalam kereta je pun.. meriah” tulis pengguna TikTok yang memuat naik video tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen kurang senang melihat aksi pasangan berkenaan sekali gus memberi sindiran dengan mengatakan ‘jodoh adalah cerminan diri’.

Terdahulu, Fuad memaklumkan dia pernah bercinta dengan Tom pada 2005 sebelum terputus lima tahun selepas itu disebabkan berdepan hukuman penjara akibat dadah.

Untuk rekod, Fuad atau nama penuhnya Mohamed Fuad Abdul Rahman pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali dan dikurniakan dua cahaya mata berusia 16 tahun dan 18 tahun.

Manakala Tom atau nama sebenarnya, Raja Farah Afzal Raja Ikram pula pernah berkahwin sebanyak tiga kali namun semuanya berakhir dengan perpisahan.

Sumber: Xtra (Aqilah Paharuzi)