Berhimpun di luar pejabat TikTok KL sejak pagi

Berhimpun di luar pejabat TikTok KL sejak pagi

Kuala Lumpur: Sekumpulan individu berhimpun di luar pejabat TikTok di Sunway Velocity, di sini hari ini, bagi menyuarakan kebimbangan yang dibangkitkan oleh pencipta kandungan dan pengguna platform media sosial itu.

Perhimpunan yang dikenali sebagai “Himpunan Gegar TikTok” itu menyaksikan peserta mula berkumpul di luar premis syarikat berkenaan sejak waktu pagi.

Polis turut ditempatkan di lokasi bagi memantau keadaan dan memastikan ketenteraman awam, dengan anggota dilihat mengawal situasi di sekitar kawasan berkenaan.

Terdahulu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Fadil Marsus, mengesahkan pihaknya menerima maklumat mengenai perhimpunan yang dirancang itu dan telah mengadakan perbincangan dengan penganjur sebelum acara berlangsung.

Beliau berkata, polis akan memudah cara perhimpunan berkenaan sambil memastikan keselamatan semua pihak terjamin serta memberi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap sebarang perbuatan ganas atau pelanggaran undang-undang.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top