Beri izin anak terima ‘job’, Anzalna dan suami tegaskan pendidikan tetap jadi keutamaan

Beri izin anak terima ‘job’, Anzalna dan suami tegaskan pendidikan tetap jadi keutamaan

Pelakon Anzalna Nasir terbuka menerima sebarang tawaran pekerjaan melibatkan anak sulungnya, Eidrees, namun menegaskan keutamaan tetap diberikan kepada si kecil itu.

Memetik laporan Gempak, menurut Anzalna, meskipun pelbagai tawaran sudah diterima ketika ini, dia dan suami perlu membuat pertimbangan sewajarnya memandangkan usia Eidrees yang masih muda.

Pendidikan anak jadi keutamaan

anzalna pendidikan jadi keutamaan

“Rezeki jangan ditolak. Even sekarang pun dah macam-macam offer yang masuk dan kita kena pilihlah sebab Eidrees masih kecil kan. Kita tak nak dia penat bekerja ke apa,” kata Anzalna ringkas.

Sementara itu, suaminya, Hanif Zaki, turut menyatakan mereka tidak pernah menutup pintu rezeki buat anak mereka, namun setiap keputusan perlu dibincangkan bersama terlebih dahulu.

“Rasanya, I will never stop tapi akan berbincang dengan isteri dulu. Of course kita nak utamakan pelajaran dia, that is above all.
“Tapi kalau bersesuaian waktu dan okay, why not jugalah kan? Good exposure for him,” jelas Hanif.

Pasangan itu ditemui selepas selesai bertugas sebagai penyampai anugerah di Anugerah Gempak Most Wanted Awards.

Pada majlis sama, Eidrees turut meluahkan rasa gembira apabila diberi peluang tampil sebagai penyampai anugerah.

“Saya sangat suka,” ujarnya ringkas.

Artikel lain: Tanggungjawab ibu bapa bukan setakat cari rezeki, bimbing anak jadi baik – Anzalna Nasir

Terdahulu, Anzalna meluahkan rasa bimbang melihat keadaan sekolah yang semakin kerap berlakunya jenayah dan gejala sosial.

Ibu kepada dua cahaya mata itu, menegaskan peranan ibu bapa bukan sahaja mencari rezeki malah memberikan didikan yang baik buat anak-anak supaya menjadi seorang insan yang baik.

Sumber: Gempak (Asyraf Roslan)

Scroll to Top