Rasanya belum cukup lagi cerita tentang perkahwinan selebriti terkenal Noor Neelofa Mohd Nor dan Muhamad Haris Ismail yang sememangnya boleh di sebut sebagai ‘Wedding Of The Year’.
Dari pelamin indah bertemakan Jabal Rahmah dan busana serba putih yang digayakan olehnya, semua menjadi bahan perbualan warganet di media sosial.
Selain daripada itu, perkara lain yang menjadi tumpuan adalah doorgift yang diberikan kepada tetamu yang hadir pada majlisnya membuatkan warganet ‘tercengang’ apabila mengetahui harga sebenar saguhati tersebut.
The doorgift. The price. pic.twitter.com/fbQFnOXjRW
— 𝒸𝓊𝒽𝒶 (@afiqahnasuhaaa) March 27, 2021
Para hadirin telah diberikan produk kecantikkan mewah dengan harga ratusan ringgit serta barangan kemas swaroski yang diketahui mempunyai harga yang tinggi.
Bukan itu sahaja, menu jamuan juga pastinya membuatkan ‘rakyat biasa’ menangis kerana mengetahui harga dan kos untuk semua itu.
Menerusi Twitter, warganet telah meninggalkan pelbagai komen seakan terkejut dengan doorgift serta menu mewah di majlis pernikahan Neelofa dan PU Riz.
Walau bagaimanapun, mereka sama sekali tidak berpandangan negatif kerana mengetahui kemampuan pasangan pengantin.
Masing-masing mampu dan Neelofa sendiri memang duta produk serta barang kemas tu. Tak salah rasanya beri dekat tetamu barang-barang best kan.
Sumber: Twitter, afiqahnasuhaa