Pelakon Sweet Qismina tampil memberikan teguran kepada netizen yang lantang menyokong kempen anti buli namun masih lagi mengecam serta membuli orang lain di media sosial.
Menerusi perkongsian di Threads, Sweet turut bertanyakan adakah mereka yang berkenaan sakit serta ‘meluat’ dengan sikap segelintir netizen yang semakin mengarut.
BACA: Suami Suka Sweet Qismina Rambut Pendek, Guna Syampu Pun Jimat

“Wahai manusia, kamu semua sakit ke? Beria sokong no bully untuk arwah Zara. Tapi tak habis-habis kecam & buli orang lain kat media sosial. Perhati je semua, semakin lama semakin mengarut dan buat saya rasa meluat,” tulisnya.
Sementara itu, Sweet menyifatkan mereka yang suka mengutuk orang lain di media sosial tiada beza dengan pembuli di sekolah.
“Kamu semua yang suka gosip dan kutuk orang di media sosial tiada beza langsung dengan pembuli sekolah. Kalian adalah pembuli mental,” katanya.




