“Berikan Aku Kesibukan Ya Allah, Agar Tidak Memikirkan Hal Yang Tidak Seharusnya”

“Berikan Aku Kesibukan Ya Allah, Agar Tidak Memikirkan Hal Yang Tidak Seharusnya”

Pempengaruh media sosial, Marissa Dania dilihat sering memuat naik hantaran menguruskan perniagaan tudung di platform media sosial miliknya.

Terbaru, Marissa ada berkongsikan video sedang melakukan proses pembungkusan produknya untuk dihantar kepada pelanggan.

BACA: Mahkamah Sahkan Pernikahan Marissa & Aslam Di Songkhla 

Turut menjadi perhatian kapsyen pada video itu dimana Marissa memohon doa agar diberikan kesibukan supaya dia tidak memikirkan hal tidak sepatutnya.

“Berikanlah aku seribu kesibukan Ya Allah, agar aku tidak sempat memikirkan hal-hal yang tidak seharusnya aku fikirkan,” tulisnya.

Diruangan komen, ramai yang gembira melihat kehidupan Marissa yang semakin sukses serta perniagaannya sudah maju biarpun ada segelintir yang masih mengecamnya.

Pada Mei lalu, mahkamah mengesahkan pernikahannya dengan suami, Ahmad Aslam di Songkhla, Thailand pada 23 Disember 2023 adalah sah mengikut undang-undang.


Scroll to Top