Berjalan seperti biasa – Annuar Musa

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp
Malaysian Sabah Politics

KOTA KINABALU: “Semuanya berjalan seperti biasa,” itu reaksi ringkas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa ketika ditanya perkembangan terkini mesyuarat memilih Ketua Menteri Sabah yang baharu.

Annuar tiba di sebuah hotel di bandar ini jam 1.55 tengah hari untuk menghadiri mesyuarat berkenaan.

Terdahulu, dua Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Mahdzir Khalid tiba di lokasi sama pagi ini.

Yang turut hadir, Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainuddin bersama kepimpinan kanan PN antaranya Naib Presiden Parti Bumiputera Bersatu Malaysia (BERSATU),

Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen

Dua calon Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang mewakili BN dan Datuk Hajiji Noor daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) turut hadir mesyuarat sama.

Sehingga kini, pengamal media masih menanti di hotel ini untuk mendapatkan perkembangan lanjut perlantikan Ketua Menteri Sabah selepas berjaya membentuk kerajaan negeri malam tadi.

Hajiji dalam reaksi ringkasnya juga enggan mengulas lanjut perkembangan terkini mesyuarat.

“Tiada apa lagi,” katanya yang kemudian meninggalkan mesyuarat.

Malay News Sabah
Source: BH Online