Berjaya Turun 20 Kilogram Dalam Masa Setahun, Ramai Cuba Dekati Bella Dowanna – “ Tak Mat* Pun Kalau Single”

Berjaya Turun 20 Kilogram Dalam Masa Setahun, Ramai Cuba Dekati Bella Dowanna – “ Tak Mat* Pun Kalau Single”

Penampilannya yang sentiasa anggun dan kelihatan cantik membuatkan pelakon dan pengacara Bella Dowanna semakin menyorot perhatian.

Malah, gadis berusia 22 tahun ini mengaku, perubahan berat badan dan penampilannya ketika ini membuatkan ramai  yang cuba mendekatinya.

Bagaimanapun, dia kini hanya mahu memberikan fokus terhadap kerjaya dan bukan mencari pasangan hidup.

“Ramai tanya soalan mendekati ni. Ada je, tapi saya sekarang bukan dalam status ‘not looking for one’ memang nak fokus dengan karier, berat badan dan diri sendiri.

“Sebab macam moto saya ‘tak mati pun single ni’ find something yang anda nak buat, tak payah stress. Kita masih perlu hidup dan just leave your life.

“Nak kata ramai yang mendekati itu tak juga tapi ada lah. Kalau tak ada, nanti kata kita tak laku pula. Busy lah juga DM tu. Tapi kadang ada yang verified ada yang tak ada,” katanya kepada XTRA.

Dalam pada itu, Bella juga memaklumkan, dia juga tidak terlepas daripada menerima mesej nakal menerusi mesej terus (Direct Messege)  yang diterimanya.

“Ada juga, tapi kalau saya dah nampak mesej-mesej yang agak pelik dan merepek, saya memang tidak akan buka,” jelasnya.

Ketika disoal mengenai perubahannya menjadi faktor menerima banyak tawaran, Bella atau nama penuhnya, Qystinna Istajibilla Dowanna Halim tidak menolak dakwaan tersebut.

Jelasnya, perubahan fizikal dan rupa parasnya yang kelihatan semakin matang menjadi faktor utama kepada tawaran yang diterima.

“Mungkin ada betulnya juga. Perubahan fizikal saya ketika ini mungkin menjadi faktor saya terima banyak tawaran. Mungkin juga wajah saya kini nampak lebih matang.

“Perubahan fizikal mungkin saya nampak lagi matang dan watak yang saya dapat pun watak mak orang, kena berkahwin jadi kadang tu saya rasa offended juga dengan watak-watak yang diberi memandangkan saya baru 22 tahun.

“Takkan lah saya nak bawa watak macam tu. Tapi saya tetap nak berterima aksih dengan offer yang saya dapat. Maksudnya saya masih relevan,” ujarnya.

Terdahulu, Bella menjadi perhatian ramai apabila berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 20 kilogram dalam tempoh setahun.

Tegasnya, dia tidak menjalani sebarang rawatan seperti pembedahan bariatrik sebaliknya konsisten melakukan diet ‘one meal a day’.

Scroll to Top