Model yang kini aktif sebagai pelakon, Fitri Farok, mengakui, berasa gementar apabila keluarganya melihat setiap lakonannya di kaca televisyen.
Fitri yang meraih gelaran naib juara program pencarian bakat, Hero Remaja 2023 memberitahu, keluarganya memandang positif dan sentiasa memberikan sokongan terhadap karier yang dipilihnya itu apatah lagi neneknya juga merupakan seorang pelakon senior yang cukup dihormati, Normah Damanhuri.
“Family memang akan tengok. Mereka semua support. Alhamdulillah. Paling saya ingat nenda kata dekat saya adalah ‘jangan masuk tangan dekat poket’.
“Memang nervous, terutamnay bila Nenda saya memebrikan komen, tapi saya akan lakukan yang terbaik buat family dan paling penting untuk diri sendiri,” katanya.
Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada Normah membantunya dalam lakonan dengan memberikan tunjuk ajar, Farok mendedahkan, neneknya itu lebih selesa meminta rakannya sahaja untuk membimbingnya.
Ini kerana, Normah mengakui tidak pandai mengajar orang lain.
“Nenda saya akan contact kawan dia sebab dia kata tak pandai mengajar.
“Nenda memang power tapi dia kata takde ilmu mengajar tu nak ajar saya,” jelasnya.
Selain Fitri, drama 10 episod yang kini ditayangkan di platform Tonton bermula 12 Jun lalu turut dibintangi barisan pelakon hebat seperti, Mierul Aiman, Scha Elinnea, Fariz Isqandar, Zhen Ning dan ramai lagi.
Drama arahan Shuhaimi Zulkefli dan diterbitkan oleh Zeel Production Sdn Bhd ini mengisahkan Andra lakonan Mierul, iaitu pemuda dari Pakistan yang nekad pergi ke Kuala Lumpur untuk membalas dendam atas kematian ayah dan ibunya, kira-kira 24 tahun lalu. Andra bertemu sekumpulan anak-anak mafia dikenali sebagai 717.
Andra mula mengenali Ice, iaitu ketua 717 serta kawan-kawannya iaitu Katrina, Rudy dan Black. Mereka adalah anak kepada kumpulan mafia yang menyebabkan kematian ayah Andra, kira-kira 24 tahun lalu.