Oh! Artis
Influencer, Adira Salahudi dikecam jual baju ketat. Tak sesuai dengan imejnya yang berhijab.
Influencer hijab terkenal, Adira Salahudi baru-baru ini dikecam kerana menjual pakaian yang terlalu melekap sehingga menampakkan bentuk badan.
Netizen meluahkan rasa kurang senang memandangkan Adira seorang yang bertudung. Menurut netizen, pakaian itu tidak melambangkan imej wanita Muslimah.
Berpakaian tapi telanjang?

Walau dikecam hebat, Adira memilih untuk kekal tenang dan profesional dalam memberi respon terhadap kontroversi tersebut.
Menerusi hantaran di Threads yang dikongsi semula di Instagram Story, Adira mengucapkan terima kasih kepada semua yang terus menyokong jenama Deara Hijab miliknya.
Adira mengalukan komen walaupun negatif


Malah, dia turut menyambut segala komen dengan hati terbuka, termasuk yang negatif kerana percaya setiap kritikan mampu membantunya untuk terus berkembang.
Adira berkata, pada akhirnya kita semua adalah manusia jadi kebaikan seharusnya sentiasa menjadi keutamaan.
Pssttt! Harap kontroversi ini dijadikan pengajaran untuk semua termasuk influencer dalam menyeimbangkan fesyen dan adab berpakaian.
Kredit: Instagram Adira Salahudi
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.