“Bersangka Baik Untuk Anak Solehah Ini’ – Norman Hakim Jumpa Marissa | Oh! Artis – Oh! Media

“Bersangka Baik Untuk Anak Solehah Ini’ – Norman Hakim Jumpa Marissa | Oh! Artis – Oh! Media

Oh! Artis

Norman Hakim titip doa buat Marissa Dania yang berdepan isu rumah tangga dan kemungkinan perceraian.


Pelakon terkenal, Norman Hakim mencuri perhatian ramai apabila berkongsi luahan penuh kasih buat anak perempuannya, Marissa Dania Hakim. Perkongsian itu hadir ketika Marissa kini sedang berdepan kemelut rumah tangga yang hangat diperkatakan.

Menerusi satu posting di Instagram, Norman dilihat menitipkan doa agar segala hajat yang dibisikkan oleh Marissa ketika momen salam Aidilfitri baru-baru ini dimakbulkan. Luahan tersebut jelas menunjukkan sokongan seorang ayah di saat anaknya melalui fasa sukar.

Norman Hakim kongsi video solat bersama anak tercinta

Memey Suhaiza Norman Hakim

Dalam satu perkongsian di Instagram, Norman bersama anaknya Marissa dilihat berdoa selepas selesai solat bersama.

Papa doakan apa yang Adik bisik kat telinga papa masa salam raya baru-baru ini Allah SWT makbulkan, in shaa Allah. Aamiin Ya Rabb.

Terima kasih atas doa dan sangkaan yang baik-baik untuk anak solehah ini. We love u cayang.- Katanya.

Sebelum ini, Marissa sendiri mengakui bahawa perkahwinannya bersama Ahmad Aslam kini berada dalam proses perpisahan. Malah, ada kemungkinan ia akan berakhir dengan perceraian.

Isu pasangan ini kembali menjadi bualan selepas timbul dakwaan berkaitan lafaz cerai dan rujuk sebelum ini. Perkara itu sekaligus mengundang pelbagai reaksi daripada netizen di media sosial.

Sokongan seorang ayah walau diuji

Dalam masa sama, Norman turut menjadi perhatian apabila ada pihak mempersoalkan peranannya sebagai bapa. Namun, tidak kurang juga yang mempertahankan tindakannya yang memilih untuk menyokong anak secara peribadi tanpa membuka aib kepada umum.

Walaupun berdepan pelbagai spekulasi, tindakan Norman yang terus mendoakan kebaikan buat anaknya jelas menggambarkan kasih seorang ayah yang tidak pernah luntur.

Pssttt! Kadang-kadang dalam hidup ni, bukan semua benda perlu kita kongsi pada orang luar. Cukup sekadar sokongan dari orang terdekat, especially keluarga. Apa pun yang jadi, doa dan kasih sayang tu yang paling penting untuk kuatkan diri hadapi ujian.

Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top