“Bersyukur Allah Berikan Peluang Sekali Lagi” – Bella Astillah

“Bersyukur Allah Berikan Peluang Sekali Lagi” – Bella Astillah

Pelakon Bella Astillah meluahkan rasa syukur diberikan peluang sekali lagi untuk bahagia meskipun berdepan kegagalan rumah tangga sebelum ini.

Menerusi sidang media baru-baru ini, Bella turut mendoakan agar perjalanan rumah tangganya yang bakal dibina selepas ini akan sentiasa diberkati.

BACA: “InsyaAllah Ini Adalah Perkahwinan Yang Kekal…” – Didi Astillah Sebak Titip Ucapan Buat Bella

“Perasaannya sangat berbeza. Mungkin kerana saya akan membuka satu bab baharu dalam kehidupan. Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan. Sudah tentu, saya juga bersyukur kepada Allah SWT kerana memberikan peluang kepada saya sekali lagi. Semoga perjalanan ini sentiasa diberkati, insya-Allah,” katanya.

Sementara itu, Bella berkata kedua-dua anaknya iaitu Ayden dan Ara tidak sabar menantikan hari bahagia tersebut yang akan berlangsung esok pagi.

“Ayden dan Ara sangat gembira. Mereka selalu bertanya bila majlis akan berlangsung. Anak-anak memang tidak mempunyai masalah dan mereka sangat tidak sabar menantikan hari tersebut,” katanya.

Sumber: Astro Gempak


Scroll to Top