Beruang matahari masuk perangkap

Beruang matahari masuk perangkap

m@hmetro.com.my

Setiu : Seekor beruang matahari ditangkap hari ini selepas berkeliaran dalam sebuah kebun kelapa di Kampung Sungai Bari, di sini.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Loo Kean Seong berkata, pihaknya menerima aduan daripada orang awam berhubung kehadiran beruang jantan itu pada 30 Disember lalu.

Katanya, haiwan berkenaan dianggarkan seberat 100 kilogram.

“Satu perangkap dipasang pada hari yang sama sebaik sahaja aduan diterima.

“Ketika operasi beruang jantan itu berada dalam keadaan stabil.

“Kita sudah melepaskan beruang berkenaan ke habitat semula jadi yang sesuai untuk kemandiriannya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top