Beta akan menentukan siapa calon terbaik untuk teraju SPRM -Agong

Beta akan menentukan siapa calon terbaik untuk teraju SPRM  -Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah baginda sendiri akan menentukan calon baharu bagi menerajui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sekali gus menegaskan tiada keperluan untuk mana-mana pihak mempolitikkan perkara tersebut.

Tegaskan tiada keperluan mana-mana pihak politikkan perkara tersebut

Menerusi kenyataan  di media sosial rasmi,  Seri Paduka Baginda bertitah bahawa jawatan tersebut amat penting dalam memastikan SPRM terus berfungsi secara berkesan sebagai institusi utama negara dalam membanteras rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

“Saya akan menentukan siapa calon terbaik untuk menerajui SPRM selepas ini,” titah baginda.

Sekadari info, Tan Sri Azam Baki difahamkan telah  telah tiga kali dilantik semula bagi memegang jawatan tersebut, masing-masing selama setahun iaitu dari 12 Mei 2023 hingga 11 Mei 2024, 12 Mei 2024 hingga 12 Mei 2025, serta 13 Mei 2025 hingga 12 Mei tahun ini. 

Azam dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 9 Mac 2020 bagi menggantikan Latheefa Koya yang memendekkan kontrak perkhidmatannya selaras dengan Subseksyen 5(3) Akta SPRM 2009. 

Setakat ini belum ada sebarang  pengesahan rasmi berhubung sama ada kontrak Azam akan disambung selepas tamat tempoh perkhidmatannya bulan depan.

Sumber: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Scroll to Top