Kecoh diperkatakan hari ini mengenai pelakon Anna Jobling dan ibunya, Ariz Arop yang dikatakan sedang dilanda konflik.
BACA: “Bergadai Nyawa Nak Besarkan You, Ini Balasan You” – Hantaran Ibu Anna Jobling Undang Perhatian
Terbaru, mStar melaporkan, ibu pernah menerima perintah injunksi daripada mahkamah iaitu larangan untuk berjumpa dengan anaknya sendiri.
Ibu Anna Jobling dedah konflik dengan anak

Difahamkan, injunksi itu diterimanya daripada Anna pada Disember tahun lalu. Namun ianya terbatal selepas perbincangan daripada wakil peguam.
Ariz Arop bagaimanapun masih terikat dengan beberapa syarat yang harus dipatuhinya.
Dia minta injunksi supaya saya tidak berjumpa dengannya dalam jarak 100 meter. Dia buat saya sampai macam itu.
Katanya, injunksi tersebut dikaitkan dengan dakwaan perkelakuan kasar terhadap Anna.
Saya kalau boleh nak tutup cerita anak sendiri tetapi kejadian semalam (Ahad) betapa dia bongkak. Kita bergaduh dalam kereta saja tidaklah sampai bertarik rambut. Sebelum ini dia hantar injunksi sebab dia tak tahan kena pukul. Katanya mentalnya diseksa. Saya hanya mahu mengajar anak. Tapi dalam injunksi kononnya kena mental torture.
Wanita ini berkata, dia sebolehnya tidak mahu membuka aib keluarga tetapi kejadian pada malam Ahad terlalu melampau.
Pada akhirnya, saya tetap ibu yang melahirkan, menyusukan dan membesarkan dia. Saya kenal anak sendiri.
Ariz turut memaklumkan dia kini tidak lagi dibenarkan mencampuri urusan kerja Anna, termasuk memilih tawaran pekerjaan.
Sebelum ini, dia banyak menapis peluang pekerjaan kerana tidak mahu Anna terlalu penat bekerja.
Pssttt! Sedih bila lihat hubungan ibu dan anak sampai ke tahap ini. Harap mereka dapat berdamai kerana kasih sayang darah daging tidak sepatutnya terputus.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




