Kisah peribadi pelakon Betty Banafe kembali mencuri perhatian ramai apabila dia tampil berkongsi realiti hidup yang didakwa penuh tekanan melibatkan bekas suaminya.
Lebih mengejutkan, konflik itu dikatakan sudah berlarutan sehingga 8 tahun tanpa noktah.
Dakwa bekas suami buat tuduhan palsu, siap bawa pegawai JKM
Menerusi hantaran di media sosial, Betty mendakwa bekas suaminya bertindak keterlaluan sehingga sanggup menggunakan anak-anak sebagai ‘umpan’ untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Menurutnya, tindakan tersebut bukan sahaja menjejaskan dirinya, malah memberi kesan emosi kepada anak-anak yang kini mula memahami situasi sebenar.
17 kes difailkan, 5 komital dalam tempoh 8 tahun
Betty turut mendedahkan bahawa dia telah berdepan dengan 17 kes saman sepanjang tempoh 8 tahun, termasuk lima kes komital yang perlu dihadapi di mahkamah.
Betty mempertikaikan mengapa bekas suami tidak fokus kepada perancangan masa depan anak-anak daripada habiskan duit berperang di mahkamah.
Daripada buang duit berperang di mahkamah hanya nak rebut kuasa penuh hak jagaan, tetapi kau tak boleh jaga anak, sebab bekas suami di America!
Kata Betty lagi, pakar psikologi turut dibawa untuk membuat soal selidik dakwaan wujudnya unsur dera di bawah jagaannya. Namun, hasil soal siasat semuanya baik-baik je.

Betty turut meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa reputasinya terus cuba dijatuhkan walaupun dia hanya mahukan kehidupan yang lebih tenang selepas perceraian.
Malah, dia menegaskan bahawa dia tidak pernah menuntut nafkah tertentu selepas berpisah, sebaliknya hanya ingin fokus kepada masa depan anak-anak.
Pssttt! Bila konflik rumah tangga berlarutan sampai bertahun-tahun, yang paling terkesan sebenarnya adalah anak-anak. Mereka bukan sahaja jadi saksi, malah terpaksa hadap tekanan emosi yang mungkin berpanjangan.
Kredit: Instagram Betty Banafe
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.



