Berkahwin dengan lelaki yang lebih berusia pada masa kini bukanlah satu perkara yang aneh. Malah, ramai wanita yang beranggapan lelaki yang lebih tua bersifat lebih matang dan bijak dalam mengendalikan masalah rumah tangga dalam situasi yang berbeza.
Begitu juga yang dirasai oleh seorang wanita ini, menerusi perkongsiannya di laman TikTok, dia menceritakan kisah percintaannya yang memilih suaminya sebagai peneman hidup meskipun mempunyai beza usia s32 tahun.
@nashkay999
Difahamkan, wanita terbabit berusia 29 tahun manakala suaminya, 61 tahun dan telah mendirikan rumah tangga selama 12 tahun bersama.
Bukan itu sahaja, dia turut meluahkan syukur sepanjang mendirikan rumah tangga bersama suaminya itu, mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu seorang lelaki dan perempuan.


Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum mereka apabila wanita itu menerima seadanya suaminya itu meskipun mempunyai jarak usia yang jauh.
Bahkan, ada juga segelintir wanita di ruangan komen yang mendedahkan mereka juga berkahwin dengan lelaki yang lebih berusia daripada mereka.





Malah, netizen turut mendoakan agar pasangan merpati dua sejoli itu kekal bahagia hingga ke syurga dan segala urusan dipermudahkan kelak.



Sumber: TikTok @nashkay99





