“Biadab Dan Kurang Ajar” – Aaron Aziz Dedah Terima Komen Tidak Senonoh | Oh! Artis – Oh! Media

“Biadab Dan Kurang Ajar” – Aaron Aziz Dedah Terima Komen Tidak Senonoh | Oh! Artis – Oh! Media

Oh! Artis

Aaron Aziz berang apabila komen biadab melibatkan isteri dan anak-anaknya tular di media sosial.


Pelakon terkenal, Datuk Aaron Aziz sekali lagi meluahkan rasa marah apabila ada pihak yang berani meninggalkan komen tidak sopan di laman sosial miliknya.

Munurut lapora mStar, Aaron berkata tindakan individu terbabit dianggap keterlaluan, lebih-lebih lagi apabila kata-kata yang dilemparkan turut melibatkan isteri dan anak-anaknya.

“Biadap dan kurang ajar” – Aaron Aziz

Aaron Aziz

Aaron meluahkan rasa kesal kerana menjadi sasaran kecaman sedangkan dirinya tidak pernah mengganggu sesiapa.

Boleh tak sesiapa yang kenal orang ini? Biadab dan kurang ajar!

Saya, anak-anak dan isteri tak pernah kacau orang. Tetapi orang masih suka cari masalah.

Luahan itu dikongsi menerusi satu hantaran di Instagram miliknya pada Rabu.

Dedah akaun dan komen tidak senonoh

Aaron Aziz

Dalam hantaran sama, Aaron turut memuat naik tangkap layar akaun media sosial individu berkenaan, termasuk komen kasar yang ditinggalkan.

Lebih mengecewakan, individu terbabit didakwa meminta Aaron pulang ke Singapura, selain mengeluarkan kata-kata tidak senonoh yang menyentuh maruah isteri dan anak-anak pelakon itu.

Aaron turut menyindir sikap sesetengah netizen yang mudah melontar kata kesat, namun kemudian memilih jalan mudah apabila diminta bertanggungjawab.

Lepas itu buat video minta maaf.

Pssttt! Berbeza pendapat itu biasa, tetapi adab dan batasan mesti dijaga. Kritiklah dengan berhemah, bukan dengan kata-kata yang menyakiti keluarga orang lain. Media sosial bukan lesen untuk bersikap biadab.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top