“Biar Muka Tak Cantik, Yang Penting Jangan Rebut Kebahagiaan Wanita Lain” – Mimi Lana

“Biar Muka Tak Cantik, Yang Penting Jangan Rebut Kebahagiaan Wanita Lain” – Mimi Lana

Pelakon jelita, Mimi Lana menganggap sebagai wanita tidak wajar sekiranya kita ‘merampas’ kebahagiaan individu lain.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Mimi berkata paras rupa tidak mencerminkan keperibadian seorang wanita yang seharusnya menghormati kekasih orang lain.

“Kita perempuan ni, biar muka tak cantik. Tapi yang penting kita tidak merebut kebahagiaan wanita yang lain,” tulisnya di kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rakan selebriti iaitu aktres Bella Astillah turut bersetuju dengan kenyataan Mimi itu.

Mimi Lana

Sebelum ini, kisah percinaan antara Syafiq dan Mimi kembali menjadi sebutan selepas aktor tersebut mengakui sudah menakluk hati aktres itu dan hanya menanti waktu yang sesuai untuk diizinkan.

Namun begitu, menerusi laporan Harian Metro, Mimi menjelaskan Syafiq masih belum menghantar lamaran.

Terdahulu, pengurus Syafiq dan Mimi Lana Iman Tang memaklumkan hubungan kedua-dua selebriti itu sehingga kini masih berkawan.

Jelas Iman Tang, dia menjadi saksi persahabatan antara Syafiq dan Mimi tetap utuh meskipun tidak melangsungkan perkahwinan yang dirancangkan pada 18 Ogos tahun lalu.

Syafiq dan Mimi berkongsi foto memakai pakaian tradisional sedondon berona biru menarik perhatian ramai mendakwa mereka kembali bercinta, baru-baru ini.

Terdahulu, heboh di media sosial apabila majlis pernikahan Syafiq dan Mimi yang dijadualkan berlangsung pada 18 Ogos tahun lalu dibatalkan beberapa hari sebelum majlis berlangsung.

Artikel Berkaitan: Segelintir Netizen Seakan ‘Muak’ Berita Kisah Cinta Dengan Syafiq Kyle, Mimi Lana Tampil Bersuara – “Seolah Mempersoalkan Kerja Tuhan”

Artikel Berkaitan: “Saya Dah Takluk Hati Mimi Lana, Tunggu Masa Sesuai Nak Diizinkan” – Syafiq Kyle

Scroll to Top