'Biarlah dia' – Anwar

'Biarlah dia' – Anwar

am@hmetro.com.my

Putrajaya: “Biarlah dia,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulas ‘cabaran’ Tun Dr Mahathir Mohamad supaya menghadapkan beliau ke mahkamah susulan kes tuntutan Pulau Batu Puteh.

Anwar menjawab ringkas desakan Mahathir ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di sini, hari ini.

Bekas perdana menteri itu semalam mengeluarkan kenyataan mempersoal Anwar yang didakwa menghukumnya bersalah dalam kes tersebut, namun tidak mendakwanya atas faktor usia yang mencapai 100 tahun.

Mahathir berkata, beliau tidak mahu sebarang imuniti dan meminta agar kes itu dibawa ke mahkamah untuk pengadilan.

Dua hari lalu, Anwar memberitahu Dewan Rakyat yang Kabinet memutuskan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Dr Mahathir atas faktor usianya yang sudah lanjut, serta statusnya sebagai bekas perdana menteri.

Menurutnya, keputusan itu dibuat walaupun Dr Mahathir bersalah dalam isu itu.

“Kita ambil keputusan kerana ia membabitkan bekas Perdana Menteri, yang usianya 100 tahun.

“Apakah beliau tidak salah? Beliau salah. Apakah perlu ambil tindakan? Saya di Jemaah Menteri, saya bersetuju jangan ambil tindakan,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top