“Biarlah Dia Nak Support Bakal Suami Dia Spin” – Dj Kidd Pertahan Emma Maembong

“Biarlah Dia Nak Support Bakal Suami Dia Spin” – Dj Kidd Pertahan Emma Maembong

Baru-baru ini tular video di media sosial memaparkan pelakon wanita berada di sebuah kelab malam di Miri, Sarawak.

Susulan penularan video tersebut, pelakon Emma Maembong mengakui dia masuk ke kelab malam namun untuk memberi sokongan kepada sahabatnya DJ Kidd yang membuat persembahan.

BACA: “Pergi Kelab Tengok DJ Kidd ‘Spin’, Tak Perlu Nak Kaburkan Muka”

Sementara itu, turut menjadi perhatian komen DJ Kidd di Instagram portal hiburan mempertahankan Emma Maembong serta mengatakan tidak perlu untuk kaburkan wajah aktres berkenaan.

“Tak perlu kaburkan muka pun, biarlah dia nak sokong bakal suami dia ‘spin’. Nanti kalau saya jadi nelayan, saya bawa dia ke sungai pula,” tulisnya.

Sebelum ini, Emma berkata dia menyedari dirinya dirakam namun dia membiarkan sahaja. Katanya lagi, dia yang masuk ke tempat tersebut dengan gembira serta dijaga oleh pengawal.


Scroll to Top