Pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar, menegur trend joget raya yang pernah tular di media sosial kerana disifatkan kurang sesuai dengan nilai adab dan budaya masyarakat.
Jaga adab dan maruah

Menerusi perkongsian di Threads, dia meluahkan rasa syukur apabila fenomena tersebut dilihat semakin berkurangan serta tidak lagi mendapat sambutan seperti sebelum ini.

“Baguslah semakin kurang yang terikut-ikut dengan trend joget raya. Biarlah trend ini semakin tenggelam,” ciapannya, semalam.
Dalam pada itu, Wadi turut mengingatkan peranan ibu bapa dalam membentuk sahsiah anak-anak agar sentiasa menjaga tingkah laku, khususnya ketika meraikan Aidilfitri.
Menurutnya, sekiranya masih terdapat pihak yang melakukan trend berkenaan, ibu bapa seharusnya tampil menegur serta membimbing anak-anak supaya memelihara adab dan maruah diri.
“Jika masih ada yang melakukannya, ibu bapa perlu menegur dan membimbing anak-anak supaya sentiasa menjaga adab serta maruah,” tambahnya lagi.
Artikel lain: Pijak al-Quran perbuatan biadab, penghinaan terbuka terhadap agama – Ustaz Wadi Annuar
Terdahulu, Ustaz Wadi menegaskan bahawa tindakan individu yang sengaja menangguhkan pembayaran hutang walaupun berkemampuan disifatkan sebagai satu kezaliman dan boleh memberi kesan terhadap kedudukan roh selepas kematian.
Tambahnya waris kepada si mati bertanggungjawab untuk melunaskan hutang tersebut sama ada melalui harta peninggalan atau inisiatif sendiri bagi memastikan urusan si mati disempurnakan.
Sumber: Threads ustazwadiannuar




